Dengar Suria

Hiburan

Aiman Tino selesa tinggal di luar bandar, sedang pertimbang kembali pindah ke KKB

PENYANYI Aiman Tino memilih membeli kediaman di luar bandar kerana mahu mencari ketenangan dalam hidup.

Aiman atau Muhammad Aiman Yusry, 27, berkata, faktor dibesarkan di Kuala Kubu Bharu (KKB), Hulu Selangor juga menjadi faktor mengapa dia mahu memiliki kediaman di kawasan tersebut.

Kata Aiman, selepas berkahwin dia berpindah ke Kuala Lumpur namun tidak lagi merasai ketenangan seperti tinggal di kawasan luar bandar.

Kediaman Aiman di KKB dibeli dengan harga RM250,000.

“Saya membesar di sana (Kuala Kubu), saya tahu persekitarannya macam mana. Bila dah kahwin tinggal di KL, saya tak dapat ketenangan yang ada di Kuala Kubu.

“Bagi orang mungkin jauh KL ke Kuala Kubu tu, tapi bagi saya sendiri dah ulang-alik hari-hari dulu tak rasa jauh pun, 40 minit sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Aiman memberitahu kediaman yang dibeli dengan harga RM250,000 itu dijangka siap sepenuhnya pada Jun ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat

ARTIKEL BERKAITAN:Aiman Tino terasa hati sering ditanya soal zuriat, belum terfikir buat IVF

Bagaimanapun, Aiman dan isteri iaitu Che Syarah Haifa masih lagi mempertimbangkan keputusan sama ada mahu berpindah ke rumah baharu atau terus menyewa di Kuala Lumpur.

“Insya-Allah saya rancang masuk ke rumah baru lepas raya Aidiladha ini. Apa boleh saya katakan, rumah saya sudah 70 peratus hampir siap.

“Tapi sebenarnya masih dalam perbincangan dengan isteri sama ada kami nak menetap di rumah baru atau jadikan homestay.

Aiman kini masih menyewa di Bangsar.

“Sebab sekarang ini saya menyewa di Bangsar dan kebetulan akan buka kedai makan. Jadi banyak perkara perlu kami ambil kira,” ujarnya.

Sebelum ini, Aiman memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri membeli ‘rumah busuk’ berusia lebih 30 tahun yang terletak di Kuala Kubu Bharu.

Kata penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini, selain harganya berpatutan, dia melihat banyak potensi terhadap kediaman jenis teres setingkat itu walaupun banyak kerja pengubahsuaian perlu dilakukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

0%