TIDAK pernah terfikir menghasilkan album baharu, penyanyi Raisa menyifatkan ‘ambiVert’ adalah hadiah istimewa sebagai tanda perjalanannya dalam bidang seni.
Raisa atau Raisa Andariana, 35, berkata album studio kelima ini digarap tanpa kecenderungan dan jangkaan berlebihan tetapi satu semangat menjadi cerminan kematangan muzik dalam kerjaya nyanyiannya.
"Ketika mula-mula masuk studio, saya tidak memikirkan apa-apa. Tidak terfikir ingin menghasilkan album seperti ini atau seperti itu. Tidak sama sekali. Tidak ada apa-apa yang perlu saya buktikan.

Raisa berkolaborasi bersama dua rakan duet dalam album baharu.





