PESERTA Big Stage Alpha Ariel Fesol menarik nafas lega apabila terselamat daripada disingkirkan pada minggu ketiga pertandingan tersebut.
Selain Ariel, peserta Afiq Sky dan Allen Anderson turut berada di kedudukan tiga terbawah.
Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap memberitahu dia gembira melihat kemajuan ditunjukkan oleh kesemua peserta Big Stage Alpha pada minggu ini dan berharap tiada penyingkiran berlaku.
“Kami sangat gembira dengan progres dengan semua peserta, saya wanita yang mempunyai perasaan seorang ibu mahu melihat mereka berjaya.
Izat berada di kedudukan pertama pada minggu ketiga.
“Saya minta Ariel tidak dibuang pada malam ini. Saya harap awak (Ariel) tak sia-siakan peluang diberi kerana selepas ini. Awak akan terkeluar sekiranya tak menggunakan sebaik mungkin,” katanya.
Keputusan itu sekali gus melayakkan mereka bersama tujuh peserta lain untuk ke minggu seterusnya iaitu Daniel Sher, Ray D, Araff, Que, Awienit, dan Rizal, Izat.
Sementara itu, Awienit, pula mendapat Anugerah Ikon Perfume Paradise untuk minggu kedua.
Minggu ini turut menyaksikan 10 peserta membuat persembahan secara berkumpulan dan juga solo berdasarkan tema diberi.
ARTIKEL BERKAITAN:Perjuangan Ashmirul dan Qarl G terhenti, gagal mara minggu ketiga ‘Big Stage Alpha’
ARTIKEL BERKAITAN:Syafeek Ikhwan kecewa tapi reda tersingkir ‘Big Stage Alpha’ – “Mungkin saya ditakdirkan untuk tidak terkenal”
Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Alpha Ultra dan Alpha Prime.
Alpha Ultra dianggotai oleh Dani, Allan , Ray D, Araff, Que dan Awienit.
Manakala Alpha Prime dianggotai oleh Afiq, Rizal, Izat, dan Ariefesol.
Program hiburan Big Stage buat julung kali menampilkan format all-male spin-off bagi memberi saingan buat 18 bintang lelaki merebut peluang menjadi kumpulan lelaki pertama naungan Astro.
Awienit mendapatAnugerah Ikon Perfume Paradise.
Markah akan diberikan juri tetap namun undian peminat akan menentukan siapa yang layak ke peringkat akhir.
Selain Syafinaz, Big Stage Alpha turut menampilkan penyanyi Hael Hussaini dan Edry Abdul Halim sebagai juri tetap.
Manakala penyanyi Jaclyn Victor menjadi juri jemputan untuk minggu ketiga.
Dihoskan oleh pengacara Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage Alpha boleh ditonton secara langsung di Astro Ria (saluran 104) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!