BEKAS pemain kebangsaan, Liridon Krasniqi membuktikan dirinya masih mampu bersaing di peringkat profesional selepas mempamerkan skilnya dalam sesi ujian percubaan bersama kelab Switzerland, FC Schaffhausen.
Pemain berusia 33 tahun itu mahu kembali beraksi secara profesional selepas setahun berehat apabila tidak disambung kontrak oleh Terengganu FC sebaik sahaja tamat musim 2023.
Menerusi posting Instagram Liridon, pemain kelahiran Kosovo itu mempamerkan aksi satu lawan satu sehingga berjaya menjaringkan gol unik yang membuatkan rakan sepasukannya tergamam.