TEKA-TEKI penyokong kehilangan pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Murilo Henrique dalam sesi latihan Harimau Selatan telah menemui jawapannya apabila pemain berusia 30 tahun itu kelihatan beraksi bersama JDT II dalam saingan Piala MFL pada Selasa (14 Januari).
Murilo yang menjadi pilihan Hector Bidalgio dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) tiada dalam sesi latihan bersama skuad utama baru-baru ini yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi cabaran Terengganu FC dalam kejohanan Piala Malaysia 2024-2025.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Johor Southern Tigers, Murilo kini berada di Perak untuk membantu JDT II terus memperkukuhkan kedudukan dalam saingan Piala MFL.