MENGANGGAP Datuk Rosyam Nor hanya bergurau, pengarah dan penerbit Erma Fatima tidak terasa hati apabila diusik oleh sahabatnya itu yang mahu menjodohkan dia dengan Fattah Amin.
Kata Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 56, dia cukup mengenali Rosyam dan sudah terbiasa menerima usikan daripada pelakon itu.
“Rosyam itu bergurau senda sahaja, Fattah pun tidak teringin dengan saya. Ramai lagi wanita lain yang dia boleh kahwin.
Gurauan Rosyam dan Erma jadi bualan netizen.