MALAYSIA memperoleh emas kedua dalam Piala Dunia Persatuan Boling Antarabangsa (IBF) selepas pasukan lelaki negara menewaskan Puerto Rico 3-2 pada aksi akhir di Stadium Queen Elizabeth di Kowloon, Hong Kong pada Selasa.
Pasukan yang terdiri daripada Rafiq Ismail, Timmy Tan, Ahmad Muaz Fishol, dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam itu memenangi perlawanan pertama 203-170 tetapi tewas pada aksi kedua 216-257.
Mereka memperoleh semula momentum dalam permainan ketiga dengan merekodkan kemenangan 197-180, tetapi merosot pada perlawanan keempat hingga tewas 185-222.