SEORANG lelaki dipercayai terlibat dalam kes kecurian dalam sebuah lori di Pearl Avenue, Kajang, Selangor pada Khamis minggu lalu.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Selasa, lelaki tersebut dilihat menyelinap masuk ke dalam lori yang kosong di lokasi kejadian.
Dia kemudiannya menyelongkar tempat duduk penumpang sebelum menemukan sebuah beg dipercayai milik pemandu lori tersebut.