SEJAK bergelar seorang ibu sejak tiga bulan lalu, pelakon Uqasha Senrose banyak menolak pelawaan rakan-rakan untuk keluar bersama.
Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, berkata, bukan mudah untuk keluar berdua bersama bayi lebih-lebih lagi tidak ditemani suami atau pembantu.
“Masya-Allah struggle betul nak keluar dengan anak seorang diri. Disebabkan itu bila orang ajak keluar selalu fikir berjuta kali,” katanya.
Perkongsian Uqasha yang dimuat naik di Instastory miliknya.