Dengar Suria

Sukan

Dah lepak dengan Nidzam Jamil, Selangor mungkin terima khidmat import Korea Selatan

SELANGOR FC dalam persiapan terakhir untuk menghadapi kejohanan Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 yang akan membuka tirainya pada hujung minggu ini dengan bertemu tiga kelab rantau Asia Tenggara di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Gergasi Merah yang merekodkan keputusan positif dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dilihat berada di puncak prestasi untuk menyertai kejohanan tersebut.

Namun baru-baru ini, perlawanan di antara Selangor dan Perak mendapat kritikan segelintir penyokong Gergasi Merah kerana dilihat masih terdapat beberapa kelompangan posisi yang perlu diperbaiki.

Antara posisi menjadi bualan ramai ialah pertahanan kanan yakni masalah musim lalu yang diminta oleh penyokong untuk diperbaiki dengan segera dengan membawa pemain baharu.

Selangor yang masih mempunyai baki kuota import selepas meminjamkan Hein Htet Aung dan Richmond Ankrah ke pasukan lain pastinya berpeluang mengisi posisi pertahanan kanan itu dengan pemain asing.

BACA LAGI: Serangan tak cukup ‘umpph’ antara poin resahkan fans Gergasi Merah

Jeong

Jeong (kanan) berkongsi perjumpaannya bersama Nidzam (kiri). Instagram

BACA LAGI: Bekas bintang JDT kini jadi ‘supplier’ akademi Harimau Selatan di Terengganu

Kini timbul persoalan dalam kalangan penyokong adakah Selangor akan mengambil pemain import Korea Selatan selepas perjumpaan ejen dari negara itu bersama ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil baru-baru ini.

Perjumpaan tersebut dimuat naik sendiri oleh ejen Leo Jeong yang cukup dikenali dengan membawa pemain-pemain dari Korea Selatan untuk beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).

Musim lalu, import yang dibawa masuk oleh Jeong mendapat kritikan daripada orang ramai kerana kualiti pemain-pemain dibawa hanya setaraf bintang tempatan serta dilihat gagal memberikan impak positif.

Hanya bekas pemain import Perak, Seo Seon-ung yang berjaya memberikan impak positif apabila tampil dalam 20 perlawanan dan menjaringkan lapan gol serta satu ‘assist’.

Musim ini, Seon-ung kembali ke negara kelahiran dengan mewakili FC Mokpo dalam liga divisyen ketiga Korea Selatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

0%