DALAM bola sepak Malaysia, kita pernah saksikan kelab-kelab di negara ini mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan handalan dunia.
Selangor FC misalnya, pernah berdepan Sevilla di Stadium Shah Alam pada 2014. Selain itu, Johor Darul Ta’zim (JDT) pernah bertemu gergasi Jerman, Borussia Dortmund sebanyak dua kali pada 2015 dan 2022.
Tetapi jauh sebelum tahun-tahun tersebut, kelab Utara iaitu Kedah Darul Aman FC pernah berdepan jagoan-jagoan bola sepak dari Brazil.





