KONFLIK berterusan antara Israel dan Palestin telah menyaksikan beribu-ribu orang awam kehilangan nyawa mereka.
Ketika konflik tersebut semakin melarat, pemain-pemain bola sepak turut tidak ketinggalan untuk memberikan pendapat masing-masing menerusi platform media sosial.
Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian video di Twitter menyaksikan kelab gergasi Itali, Juventus dan Inter Milan seolah-olah memberi mesej tersirat kepada dunia mengenai simbol luka di pipi pada wajah setiap pemain pasukan tersebut.
Reem sayang… Satu dunia mengenalimu wahai anak syurga, berbahagia la di sana…
Dalam video tersebut, ketika perlawanan sedang berlangsung, kedua-dua pasukan memiliki persamaan iaitu mempunyai simbol luka yang terdapat di pipi mereka.
Difahamkan, simbol luka di pipi merujuk kepada seorang kanak-kanak perempuan bernama Reem yang terbunuh akibat serangan udara Israel.
Reem yang berusia tiga tahun itu sebelum ini tinggal bersama datuknya, Khaled Nabhan.
Meninjau ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan kedua-dua kelab bola sepak itu untuk memberikan kesedaran isu global yang sedang berlaku di Gaza. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram