ORANG ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan taktik atau modus operandi mencurigakan di tempat awam bagi mengelak daripada ditimpa kesulitan.
Ia selepas tularnya sebuah video memaparkan situasi beberapa pekerja sebuah kedai menjual barangan kosmetik di Kuala Lumpur yang kononnya hampir dipukau seorang lelaki dalam kejadian pada 19 Februari lepas.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan di akaun TikTok premis terbabit, kejadian berlaku ketika lelaki tersebut seakan-akan mahu membuat bayaran di kaunter.