SEORANG wanita warga Arab bertindak biadab selepas kegiatannya yang dipercayai menjalankan sindiket meminta sedekah di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur terbongkar.
Berdasarkan video berdurasi 22 saat yang tular sejak Jumaat, wanita itu dilihat berang dan mengangkat jari tengah kepada lelaki yang merakamkan perbuatannya itu.
Menerusi klip berkenaan, dia melakukan kegiatan berkenaan bersama pasangannya yang juga lelaki warga Arab dan seorang kanak-kanak yang dibawa dengan menggunakan stroller.