SEORANG wanita dipercayai berasal dari Aceh, Indonesia meluahkan kemarahannya terhadap sikap segelintir rakyat dari negaranya yang disifatkan biadab dan kurang menghormati penduduk di Malaysia.
Jelasnya, terdapat beberapa individu khususnya warga negara Indonesia yang bekerja di negara ini, gemar membangga diri dek kerana sektor pembuatan dan pembersihan di sini lebih dikuasai golongan pendatang.
Situasi itu menurutnya semakin berleluasa sehingga mengakibatkan pihak berkaitan semakin sombong dan menghina masyarakat Malaysia kerana terlampau bergantung kepada tenaga asing.