SEORANG usahawan berasal dari Kelantan, Fahdi Ghazali mencetuskan kemarahan warganet selepas tular satu klip video yang memaparkan dirinya memperlekehkan orang senegerinya dengan menyifatkan mereka sebagai ‘jakun’.
Dalam video berdurasi kurang satu minit itu, Fahdi didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada penduduk negeri Cik Siti Wan Kembang ketika bercakap mengenai sambutan masyarakat Kelantan terhadap sesuatu program atau produk.
Kenyataan sensitif yang dibuat oleh Fahdi itu berlaku ketika dia bertemu dengan salah seorang pengunjung di sebuah festival makanan yang mengetengahkan beberapa produk tempatan terkenal.





