TULAR satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah treler terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar beberapa buah kenderaan lain di Lebuh Raya Pasir Gudang, berdekatan Kangkar Tebrau, Johor Bahru, Johor, pada Isnin.
Insiden tersebut turut dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan yang berada di lokasi.
Berdasarkan klip berkenaan, treler berwarna biru terbabit dilihat berlanggar dengan sebuah kenderaan lain di laluannya sehingga menyebabkannya terbabas dan merempuh pengadang jalan.