BUDAYA kejut sahur beramai-ramai sambil bergendang diiringi paluan kompang merupakan tradisi turun-temurun sebahagian penduduk di negara jiran, Indonesia.
Turut dimeriahkan dengan nyanyian, tradisi itu bertujuan mengajak masyarakat Islam di kawasan setempat bangun untuk bangun bersahur di bulan Ramadan.
Namun, beberapa tahun kebelakangan menyaksikan tradisi itu semakin popular di Tawau, Sabah dengan sebuah kumpulan khas telah ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti tersebut.