TULAR satu video memaparkan seorang pemandu ditumbuk seorang pengguna jalan raya baru-baru ini ditumbuk oleh seorang penunggang motosikal di tepi jalan.
Melalui video tular yang dimuat naik di laman Facebook Update Semasa pada Ahad itu memaparkan kedua-dua individu berkenaan bergaduh di lokasi yang tidak dinyatakan.
“Balun (pukul) dulu, baru bincang ke ini?,” tulis pentadbir laman Facebook tersebut.
Menerusi video berdurasi 28 saat itu memaparkan berlaku perang mulut diantara pemandu kenderaan jenis Honda City dan penunggang motosikal berkenaan.
Keadaan menjadi lebih tegang selepas penunggang motosikal itu dilihat seperti naik hantu dan terus menumbuk pemandu berkenaan.