SEORANG penunggang motosikal dipercayai mengalami kecederaan selepas terlibat dalam satu kemalangan ekoran cuba mengelak daripada melanggar sebuah lori tunda yang secara tiba-tiba memberhentikan kenderaannya di tengah-tengah jalan raya di Jalan Astana, Kuching, Sarawak.
Kemalangan tersebut juga berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis sebuah bangunan berhampiran lokasi kejadian dan berdasarkan data yang dipamerkan CCTV tersebut, kejadian itu berlaku pada pukul 1.20 petang Isnin.
Melalui video berdurasi 35 saat itu, keadaan jalan juga agak licin ekoran daripada cuaca hujan pada hari tersebut.