SIKAP tidak bertanggungjawab seorang pemandu yang meletakkan kenderaan secara sembarangan di Dataran Putrajaya, Putrajaya menyebabkan laluan keluar terhalang selama lebih dua jam sehingga mengganggu urusan pengunjung lain.
Dalam rakaman detik-detik kejadian itu yang tular di laman X, seorang pengunjung, Zul Azri meluahkan rasa kesal terhadap sikap pemandu berkenaan.
“At least tinggalkanlah nombor telefon supaya senang dihubungi,” tulisnya.