SEORANG lelaki dilaporkan cedera parah pada tangan kirinya di kawasan pusat komersial di Bangsar, Kuala Lumpur pada Khamis.
Menerusi video dikongsikan di aplikasi Telegram, lelaki tersebut dilihat duduk dan bersandar di dinding sebuah bangunan di lokasi kejadian.
Dalam video sama, kelihatan juga orang ramai mengerumuni mangsa yang dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.