SATU kemalangan maut dilaporkan berlaku di Manjung, Perak pada Isnin melibatkan seorang penunggang yang dipercayai terbabas sendiri sebelum terjatuh.
Difahamkan, mangsa, Muhamad Hizkil Ramle juga merupakan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Dalam kejadian yang berlaku berdekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Manjung itu, mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat impak kemalangan tersebut.