DUA penunggang motosikal cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) di Jambatan Kedua Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Ahad.
Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di Facebook Penang Kini, kemalangan melibatkan dua buah motosikal itu dikatakan berlaku selepas kenderaan dua roda itu merempuh belakang kereta 4×4 di lokasi kejadian.
Menerusi video yang dikongsikan oleh orang awam melalui aplikasi WhatsApp pula, kedua-dua mangsa yang cedera dilihat terbaring di atas jalan sambil diawasi oleh pihak berkuasa.