SATU pergaduhan kecil berlaku melibatkan dua lelaki ketika menjalankan aktiviti memancing di sebuah sungai baru-baru ini.
Ia selepas sebuah video tular di media sosial sejak Selasa memaparkan salah seorang daripadanya didakwa menceroboh kawasan sungai tersebut untuk memancing.
Menerusi video dimuat naik di Twitter (X) @mynewshub dan tular sejak Selasa, seorang warga emas pada mulanya dilihat sedang memancing sebelum didatangi seorang lagi lelaki.