Dengar Suria

Viral

[VIDEO] Suami isteri terpedaya, modus operandi terbaharu peragut pura-pura kemalangan di Setia Alam

SEPASANG suami isteri berdepan nasib malang selepas menjadi mangsa ragut seorang penunggang motosikal yang berpura-pura terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan mereka dalam kejadian di Setia Alam, Selangor pada Khamis.

Dalam insiden tersebut, pasangan itu pada awalnya keluar daripada kereta mereka untuk memeriksa bahagian hadapan kenderaan terbabit yang dipercayai dilanggar suspek.

Bagaimanapun, ketika suaminya sedang mencangkung dan melihat kerosakan yang berlaku, suspek yang masih berada di atas motosikalnya dilihat bergerak di belakang mangsa sebelum meragut rantai dipakai lelaki berkenaan sebelum bergegas meninggalkan lokasi.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%