RAMADAN kali ini menjadi ujian berat buat keluarga Mior Mohamad Ikhmal Mohd Anua apabila jasadnya akhirnya ditemui beberapa selepas dia dilaporkan hilang pada Ahad lalu.
Melalui perkongsian rakannya mangsa, Helmy Ikram kepada @mynewshub, jasad pemuda malang itu ditemukan ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan tidak jauh dari lokasi kejadian di bawah Jambatan Muhibbah dekat Klang, Selangor pada Khamis.
“Alhamdulillah, selepas beberapa hari usaha mencari, jasad Allahyarham Mior Mohammad Ikmal akhirnya ditemui pagi tadi tidak jauh dari lokasi kejadian.