TERLALU asyik melayan drama di corong radio dipercayai punca kemalangan melibatkan dua buah lori di Jalan Kuantan-Segamat di Rompin, Pahang pada Ahad.
Kejadian sekitar pukul 5.23 petang itu difahamkan berlaku berhampiran Ladang Bebar, Muadzam, dan dikongsikan di laman sosial pada Isnin.
Berdasarkan video berdurasi 25 saat tersebut, meskipun lori di hadapan sudah menekan brek dan menyalakan lampu kecemasan, pemandu lori yang berada di belakang dilihat tetap sahaja mahu memotong di laluan yang sempit itu.






