TINDAKAN sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang memasang aksesori lampu secara berlebihan pada kenderaan mereka sehingga mengganggu pemanduan pengguna jalan raya lain mengundang kecaman warganet.
Menerusi video berdurasi 42 saat yang dimuat naik di Facebook pada Selasa, kejadian itu difahamkan berlaku sekitar pukul 8 malam pada Isnin.
Rakaman tular itu memaparkan kejadian beberapa penunggang motosikal dilihat cuba untuk memotong sebuah kenderaan di atas lebuh raya.