SEORANG penunggang motosikal nyaris digilis lori selepas terjatuh akibat berlanggar dengan penunggang basikal warga asing dalam kejadian di Kulim Hi-Tech, Kedah pada Jumaat.
Pada awalnya, rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan, seorang lelaki yang dipercayai merupakan warga asing menunggang sebuah basikal di lorong paling kiri.
Secara tiba-tiba, warga asing itu bertindak memasuki ke lorong kanan jalan raya secara melulu sehingga mengakibatkan pelanggaran bersama penunggang motosikal yang melalui jalan sama.