PENIAGA ‘lemang paku’ yang menimbulkan teka-teki dalam kalangan warga maya mengakui bahawa dia menggunakan buluh tambahan milik anaknya untuk memasak makanan tradisional itu.
Katanya, ada kemungkinan besar buluh berkenaan digunakan sebagai tempat penyimpanan paku.
Sebelum ini, kecoh di aplikasi TikTok apabila seorang peniaga mengakui hairan selepas dimaklumkan lemang yang dijualnya kepada pelanggan mengandungi paku di dalamnya.