SEBUAH helikopter ringan dilaporkan terhempas di kebun kelapa sawit Kampung Tok Muda Kapar Klang, Selangor kira-kira pukul 1.10 petang Selasa.
Insiden tersebut berjaya dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dikongsikan di media sosial.
Menerusi rakaman tersebut, jelas kelihatan serpihan-serpihan rangka helikopter yang terjatuh di kawasan kebun berkenaan.