SEORANG kanak-kanak maut manakala bapanya parah akibat dirempuh dua pemandu Singapura yang didakwa berlumba haram di Jalan Sua Betong, Port Dickson, Negeri Sembilan pada Khamis.
Kejadian difahamkan berpunca akibat perlanggaran dengan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura terbabit yang dikatakan memandu laju dan berbahaya di laluan berkenaan.
Kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Muhammad Shaheizy Iman difahamkan sedang dalam perjalanan pulang dari Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Hassan, Port Dickson.
Muhammad Shaheizy Iman dilaporkan maut akibat kemalangan di Jalan Sua Betong, Port Dickson, Negeri Sembilan. — Facebook