TINDAKAN licik seorang pemandu kereta ketika melalui Plaza Tol Sentul Pasar, Kuala Lumpur pada Ahad berjaya dirakam dan tular di media sosial.
Menerusi video kamera papan pemuka (dashcam) dikongsikan pengguna Facebook Hantu Pocong, tindakan itu dilakukan oleh pemandu kereta jenis Proton Saga merah.
Dalam video sama, pemandu yang berada di belakang pemilik dashcam itu dilihat memandu dalam keadaan tergesa-gesa.