TINDAKAN seorang individu disyaki bermain permainan video ketika memandu mendatangkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain.
Kejadian yang difahamkan berlaku di Lebuhraya Persekutuan pada Jumaat itu dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) sebuah pemilik kenderaan dan dimuat naik di laman X (Twitter) pada Sabtu.
Menerusi klip berdurasi 50 saat tersebut, pemandu kenderaan jenis Proton Iriz berwarna merah itu dilihat memandu secara berbahaya di lorong kanan, dengan beberapa kali menekan brek keretanya sedangkan kenderaan lain masih agak jauh di hadapan.