SEORANG pekerja restoran mamak didakwa berpelakuan jijik apabila dirakam membuang air kecil di tepi longkang berhampiran premisnya dekat Jalan Hang Tuah, Melaka pada Khamis.
Situasi itu dirakamkan menerusi satu video tular di laman media yang menyaksikan individu berkenaan tanpa segan silu melakukan perbuatan itu di khalayak ramai.
Kelihatan lengkap memakai apron dan penutup kepala, lelaki berkenaan dipercayai merupakan salah seorang tukang masak di restoran terbabit.