PERCUTIAN sebuah keluarga ke pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang meninggalkan seribu satu kenangan pahit buat seorang lelaki apabila dia terpaksa berbelanja tinggi hanya untuk menampung kos penginapan dan makan.
Jelasnya menerusi satu video tular, percutian tiga hari dua malam yang dirancang terpaksa disingkatkan kepada dua hari kerana perbelanjaan yang terlampau mahal perlu ditanggung olehnya sebagai ketua keluarga.
Paling mengecewakan adalah apabila kos makanan di sana dikatakan melampaui batas dan jauh berbeza daripada kebiasaan.