SEORANG lelaki warga asing didakwa tidak mengikut peraturan selepas melanggar seorang pelajar perempuan di hadapan sekolah di Kulim, Kedah pada Selasa.
Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Nor Fazzlan, mangsa dilihat terbaring di atas jalan raya sambil dikerumuni orang ramai ketika kejadian.
Berdasarkan informasi dikongsikan orang awam, lelaki berkenaan didakwa tidak mengikut arahan pengawal keselamatan yang sedang bertugas mengawasi jalan raya ketika itu.