SATU mayat ditemui di dalam longkang yang terletak di hadapan sebuah sekolah dekat Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor pada Ahad.
Video mengenai penemuan tersebut mula tular dan dikongsikan orang awam sejak lewat malam semalam.
Menurut makluman awal dikongsikan di media sosial, mayat berkenaan ditemui dalam keadaan sudah reput.