TULAR satu video mengejutkan memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh digilis sebuah kereta ketika terbaring di tengah-tengah jalan raya dalam satu kejadian dekat Jalan Butterworth-Alor Setar, Gurun, Kedah.
Kejadian tersebut difahamkan berlaku pada Selasa malam.
Berdasarkan klip tular berdurasi 12 saat itu, lelaki berkenaan pada awalnya dilihat terbaring di tengah-tengah jalan dipercayai selepas terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal ketika berjalan kaki di lokasi sebelum itu.