TULAR satu video memaparkan seorang lelaki secara selamba mencuri sebuah telefon pintar di Inanam, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
Walaupun ia dilihat sebagai kes kecurian biasa, namun apa yang menarik perhatian ialah gelagat suspek yang sempat memberikan senyuman pada mangsa.
Melalui video tular yang dimuat naik di aplikasi Telegram dan WhatsApp sejak Sabtu itu, kejadian itu berlaku di salah sebuah pusat beli belah di Inanam.