SEORANG lelaki bertindak luar jangka apabila menumbuk seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Dalam sebuah rakaman yang tular di media sosial, kejadian yang dikatakan berlaku di Kuantan, Pahang melihatkan seorang pemuda bertindak agresif semasa didatangi pegawai JPJ.
Situasi tegang berlaku selepas sebuah kereta berwarna hitam datang menghampiri sebuah lori dan kenderaan rasmi JPJ.