TINDAKAN pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan dua buah bot kayu sarat penumpang dipercayai etnik Rohingya yang cuba menceroboh perairan Langkawi, Kedah pada Sabtu.
Ia sekali gus menyaksikan penahanan kali kedua pihak Maritim Malaysia selepas menahan sekumpulan 196 etnik pelarian Myanmar di Pantai Teluk Yu, Mukim Ayer Hangat awal pagi Jumaat.
Berdasarkan rakaman tular di laman X, dua buah bot berkenaan dilihat cuba menceroboh masuk ke perairan negara namun dipintas sebuah bot peronda Maritim.