TANPA sekelumit rasa malu, seorang lelaki dipercayai dengan selamba membuang air besar di hadapan sebuah rumah di Taman Stapok, Batu Kawa, Kuching, Sarawak.
Video insiden itu dikongsikan di media sosial sebelum ia menjadi tular pada Khamis.
Menerusi klip berdurasi seminit 32 saat tersebut, selepas melepaskan ‘hajatnya’ di atas rumput kediaman tersebut, lelaki yang memakai cermin mata hitam itu dilihat memasuki sebuah kenderaan sebelum beredar dari lokasi kejadian.