SEORANG lelaki bukan warga Malaysia ditarik keluar oleh pengawal keselamatan selepas membuat kecoh ketika berada di konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh @mintsmints_ pada Khamis, lelaki yang mengenakan pakaian terdedah itu dilihat bergaduh dengan beberapa orang penonton lain ketika kejadian.
Berdasarkan informasi yang dikongsikan oleh pengguna tersebut, individu berkenaan dikatakan menolak dan cuba menyelit untuk bergerak ke hadapan berdekatan dengan pentas utama semasa persembahan berlangsung.