TULAR satu kejadian langgar lari melibatkan sebuah kenderaan bersama motosikal ditunggang seorang lelaki dalam kejadian dipercayai berlaku berdekatan Bandar Baru Permyjaya, Miri, Sarawak, pada Sabtu.
Menerusi klip tular insiden tersebut, sebuah kenderaan jenis Proton Waja berwarna merah dilihat melanggar sehingga jatuh seorang penunggang motosikal ketika sedang melalui sebuah jejambat.
Sebelum itu, kenderaan berkenaan dilihat sedang cuba untuk memotong dari laluan kiri jalan.