DUA penunggang basikal terlibat dalam kemalangan selepas dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang ketika menunggang di Lebuhraya berhampiran Kota Warisan, Sepang, Selangor.
Ketika kejadian, penunggang terbabit dilihat bergerak secara berkumpulan dengan beberapa lagi individu lain turut berada bersebelahan mereka.
Namun, perbuatan mereka yang menunggang di lorong kiri lebuh raya itu membawa padah apabila dilanggar seorang pemandu yang dipercayai tidak perasan akan kelibat kumpulan tersebut.