SEORANG mekanik lelaki cedera teruk di kaki akibat dilanggar sebuah lori yang sedang dibaikinya di sebuah stesen minyak di Gebeng, Kuantan, Pahang pada Selasa.
Menerusi yang tular di media sosial sejak Rabu, mangsa dilihat terbaring di atas jalan kerana menahan kesakitan di lokasi kejadian.
Berdasarkan informasi yang dikongsikan di aplikasi Telegram, kejadian berlaku ketika mangsa sedang membaiki sebuah lori sebelum rakannya dikatakan terus menghidupkan enjin kenderaan tersebut lalu menggilis mangsa.