PENGANGKUTAN awam darat merupakan perkhidmatan yang amat penting kepada masyarakat kerana perkhidmatan ini memudahkan mereka yang tidak memiliki pengangkutan persendirian bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.
Sehubungan itu, kewujudan pengangkutan awam seperti e-hailing sememangnya memudahkan orang ramai.
Namun, di sebalik kemudahan tersebut, ada dalam kalangan pemandu perkhidmatan e-hailing yang tidak bernasib baik berdepan dengan penumpang yang bermasalah.