SEBUAH kereta jenis Perodua Myvi dipercayai dilanggar lari ketika pemilik kereta tersebut sedang solat di Kajang, Selangor pada Jumaat.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh isteri mangsa, Bonda Fiqa Bondariz di Facebook, cermin belakang kereta tersebut pecah akibat dilanggar dalam kejadian itu.
“Suami solat Jumaat di Kajang. Tengok-tengok kereta sudah macam ini. Langgar lari. Sampai hati orang yang langgar.